Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
MELAZIMI HIDUP BERORGANISASI : RASULULLAH SEBAIK-BAIK IKUTAN (SIRI II) Print E-mail
Thursday, 18 April 2013 00:00

Oleh: Mohd Taufik bin Daud @ taufikdaud
(Sambungan dari MELAZIMI HIDUP BERORGANISASI : KITA BUKANNYA SPIDERMAN (SIRI I)

 

   Rasulullah SAW merupakan ikon ataupun personaliti terbaik yang wajib menjadi contoh dan teladan kepada manusia seluruhnya. Baginda membawa agama yang murni ini (Islam) dengan dibantu oleh para sahabat yang senantiasa bersama-sama baginda di kala susah mahupun senang. Walaupun baginda merupakan Habibullah (Kekasih Allah), namun setiap gerak kerja yang dilakukan memerlukan kepada bantuan dari sahabat-sahabat baginda yang agung serta pengharapan yang tinggi kepada Allah.
Read more...
 
PEGANG TANGANKU Print E-mail
Thursday, 11 April 2013 00:00

Oleh: Saudara Muhammad Firdaus bin Hamdan
 
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua. Saya doakan kesejahteraan dan kebaikan buat teman-teman yang membaca makalah ini. Kali ini saya ingin kita bersama-sama berhenti dan memikir sejenak akan sahabat-sahabat disekeliling kita. Sahabat-sahabat yang kita makan minum bersama, ke kelas bersama atau mungkin sahabat itu yang selalu membuatkan kita ketawa. Sejauh mana kita menghargai mereka saat ini?
 
Menarik untuk kita lihat kepentingan bersahabat ini melalui sirah junjungan besar kita dan para sahabatnya. Allah telah mentakdirkan bahawa pergerakan dakwah Nabi SAW tidak berkembang melainkan para sahabat RA menguatkan perjuangan Nabi SAW.
Read more...
 
KRONOLOGI KEJADIAN KEBAKARAN DI RUMAH KUBRI SAHIL Print E-mail
Tuesday, 02 April 2013 14:23

Berikut adalah kenyataan yg diberi oleh ahli bait yg menjadi saksi kejadian.

"Kejadian tersebut berlaku pada pukul 3 pagi. Ketika itu, salah seorang ahli bait kami ingin menutup suis api pada tong gas setelah selesai memasak. Namun, mungkin berlaku sedikit kesilapan, secara tiba-tiba api terus marak membakar di sekeliling dapur. Dalam keadaan panik, kami sedaya upaya cuba untuk membantu memadamkan api namun ianya semakin marak menjilat peralatan dapur rumah. Dalam masa yg sama, ahli bait yg lain terus bergegas keluar dari rumah bagi mendapatkan pertolongan disamping menjerit meminta agar jiran-jiran keluar dari rumah kerana khuatir gas tersebut akan meletup.
Read more...
 
KEMPEN SEMARAK SYRIA Print E-mail
Saturday, 30 March 2013 00:00
Genaplah 2 tahun atau 24 bulan rakyat Syria memulakan gelombang kebangkitan mereka menentang kerajaan tahgut yang zalim, Basyar Al-Asad. Berbekalkan semangat "Arab Spring" dari rakyat Tunisia, Mesir dan Libya mereka bangkit menyatakan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim.
 
Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam di Mesir, Dr. Solah Sultan yang juga Ketua Lajnah Al-Quds di bawah Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dalam ucapannya mengingatkan bahawa sumbangan dan apa jua bentuk bantuan kepada umat Islam di Syria waktu ini, "...bukan lagi untuk mendapatkan pahala sedekah tetapi telah menjadi kewajipan atas setiap individu muslim".
 
Dalam ucapan Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni berkata :-
Mengapa perlu diutamakan bantuan terhadap Syria? Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni mengatakan ada 3 sebab Negara Syria lebih diutamakan daripada Negara Palestine untuk jihad :
Read more...
 
MAJLIS PENUTUP SERAMBI Print E-mail
Friday, 29 March 2013 15:44

KAHERAH, 29 MAC 2013 – Semalam telah berlangsung satu program Majlis Penutup Serambi Gabungan anjuran Unit Perumahan DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 2012/2013. Ini merupakan aktiviti terakhir bagi program Serambi setelah diadakan secara  berminggu sebelum ini di rumah ahli-ahli DPM.  
 

Program bermula selepas waktu Solat Isyak dan disusuli Solat Hifzi yang diimami oleh Ustaz Mohammad Zaim dan Ustaz Wan Hamidullah

Read more...
 
Page 1 of 19

Berita PMRAM

KAHERAH, 16 Dis - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) mengucapkan takziah kepada ahlikeluarga Syeikh Imad  Abdul Fatah yang merupakan salah seorang ahli tenaga fatwa di Darul Ifta' Misriyyah telahkembali ke rahmatullah  hari ini..... Baca Seterusnya

Berita PALESTIN

alt

GAZA - Sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS mengumumkan bahawa salah satu dari unit pejuangnya telah menyasarkan serangan ke atas jentera perang zionis awal pagi ini. Jentera zioni dibom dengan 3 serangan.. Baca Seterusnya

Berita MANHAL

alt

Mutakhir  ini ramai daripada kalangan orang bukan Islam  menggunakan perkataan yang terkandung nama Allah dan ayat-ayat Allah dalam perbualan harian mereka. Ucapan seperti Alhamdulillah, InsyaAllah dan sebagainya seperti sudah menjadi... Baca Seterusnya

Pena Pimpinan

Kalam Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 2012/2013

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kita umat contoh yang berjalan di muka bumi ini. Selawat

dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW yang telah menjadikan seluruh dunia melihat Islam itu dengan pandangan kasih sayang.
 
Marilah kita meningkatkan cinta pada Ilahi kerana  masih memanjangkan umur hayat kita hingga ke detik istimewa Ramadhan tahun ini. Ramadhan yang berbaki ini marilah kita sama-sama memperbanyak amalan ibadah dan banyak memohon keampunan kepada Allah sepertimana yang disarankan Nabi Muhammad SAW kepada Aisyah apabila ditanyakan apakah doa yang patut aku minta dibulan ramadhan lalu baginda menjawab “pohonlah kepada Allah supaya diampunkan dosa.”
Read more...